Pelakon : Clarice J. Matha, Den Bisa, Abdul Kanis Sainali, Abu Bakar Ellah, Shira, Ela Sabah, Hasnah Ibrahim, Ammath Assir, Lydia Kalidin, Daniel Seah, Jamil Aziz, Marlin Malalin, Normah Kassan, Rusdee @ Acai, Troy, Sofiah Hj. Noe, Mahdum Sulayman, Telna Abduh.
Arahan : Abu Bakar Ellah
Penerbit : Edward C.K Seah.
S I N O P S I S
Mengisahkan Den yang kembali ke Sabah untuk menjejaki Clarice bekas kekasih yang ditinggalkannya di Kudat dulu. Den memilih Semporna sebagai destinasinya kerana dia tahu di sana Pak Cik sentiasa menunggu kedatangannya. Den mendapat pekerjaan di sebuah resort sebagai penyanyi kerana itu adalah satu-satunya bakat besar yang Den miliki. Dunia terlalu kecil, rupanya pemilik resort itu adalah Rashid Dato' Johari iaitu suami kepada Clarice yang kini menggunakan nama sebagai Camila. Den tersepit dengan realiti di hadapan matanya, Clarice terheret sama ke ruang keliru, hampa dan serbah salah. Mereka masing-masing mahu menganggap semua itu sebagai mimpi tapi rupanya nyata. Benarkah itu adalah pertemuan terakhir, apakah Den akan melepaskan Clarice begitu saja? Saksikanlah kesudahannya...