Pelakon : Abu Bakar Ellah. Mat Congo, Clarice J. Matha, Osman Nasro, C/Insp Jafri Ithman, Irwan Hj. Idris, Bob Sherman
Arahan : Abu Bakar Ellah
S I N O P S I S
Telemovie ini adalah kesinambungan pada telemovie "ORANG KITA" yang telah menampilkan watak budak kampung yang pertama kali sampai di bandar. Cabaran ini berulang lagi apabila Om telah mengutus surat kepada Ampal yang telah lama balik kampung dan mengajaknya untuk pergi ke Sandakan kerana Om telah ditawarkan kerja sebagai penjaga Orang Utan di Sepilok. Ampal bersetuju untuk pergi bersama dan sewaktu mereka bertolak ke Sandakan, mereka tersalah bas mengakibatkan mereka sesat ke Tawau. Bermacam perkara berlaku, mereka ditipu, barangan dicuri dan yang paling trajedis kejadian di mana Om ditangkap kerana mempunyai paras yang serupa dengan seorang suspek bernama Paulus Binadus yang kini menjadi buruan Nurul seorang anggota polis yang diarah untuk menjejaki kegiatan haram Paulus. Apa jadi kepada Ampal dan Om? Untuk mengetahuinya ikuti cerita ini kerana yang pastinya sehebat ORANG KITA yang pertama dulu.