Pelakon : Den Bisa, Clarice J. Matha, Mat Congo, Rashirah Adilun, Mat Nat Makbut, Suhaimi Sulaiman
Arahan : Ramli Ahmad
S I N O P S I S
Selepas menerima rawatan kira-kira 4 bulandi hospital kerana mengalami hentakan di bahagian kepala, Den debenarkan pulang ke rumah dengan fikiran yang masih kusut dan tidak menentu. Setiap petang Den akan ke Gaya Strret mencari dan menanti Mimi, bekas kekasihnya yang menghilangkan diri secara tiba-tiba. Flashback setahun yang lalu, Den seorang artis telah berkenalan lalu jatuh cinta denagan seorang gadis 'attendant parking' di Gaya Strret bernama Mimi. Kemesraan Den dan Mimi tidak desenangi oleh Nabila, rakan artis Den yang dalam diam menaruh hati terhadap Den. Pakcik kepada Mimi juga tidak senang Mimi berkawan dengan artis. Nabila cuba sedaya upaya menambat hati Den supaya menyintainya namum gagal. Sementara penghinaan dari Nabila dan tekanan dari pakciknya menyebabkan Mimi menghilangkan diri dari hidup Den ketika cinta Den sedang memuncak terhadap Mimi. Ketika itu juga Den di masukkan hospital. Ketika Nabila sudah bermula menyesali perbuatannya terhadap Den, Nabila cuba memujuk Den menerima hakikat ketidaan Mimi. Suatu hari muncul seorang yang benar-benar serupa dengan Mimi yang bernama Clarice sebagai seorang artis. Siapakah Clarice? Mampukah Clarice menamatkan pencarian Den Terhadap Mimi?